Sunday, November 25, 2007

Si Ketam and Si Kodok...


Ketam Ketip Kuku Kaki




Kawan karib Ketam, Kodok,
kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau,
Ketam... kenapa?"

Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku
kerana kuku kakiku kelurut...
kakakku kata, kalau kukuku kelurut,
kita kena ketiplah!"


Kodok kentut kekeliruan.



Kodok kata kekalutan,
"Kadang-kadang kalau
kukuku kelurut, ku ketip
kenapa keluar kudis?"

Ketam ketawa, "Kah..kah..kah..kah..
Kih..kih..kih..kih.. Kuh..kuh..kuh..kuh!!
Kodok..Kodok..kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?



Kodok kata kepada Ketam,
"Ketam, kenapa kau
ketawakan ku?"


Ketam kilas, "Kelakar."



"Kelakar ke kurang-ajar?"
kata Kodok.


Kerana kemarahan Kodok keterlaluan,
Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat.
"Kelekuk !", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok.

Ketam kata,
"Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku?
Kan kesakitan."


Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.

~~KETAMATAN~~

No comments: